Ads 468x60px

Featured Posts

Monday, 24 September 2012

CARA MUDAH MENJAWAB SOALAN PUISI



CARA MUDAH MENGUASAI TEKNIK MENJAWAB SOALAN PUISI

1.TEKNIK MENJAWAB BENTUK PUISI
RAJIN –                 RANGKAP
BERSENAM-        BARIS
KITA-                     KATA
SENTIASA –         SUKUKATA
RASA-                   RIMA
SIHAT-                  SIMPUL./KESIMPULAN

CONTOH  SOALAN
Baca sajak di bawah dengan teliti dan jawab soalan berikutnya;

DI DADA MEREKA ADA KHALID

Mereka tak pernah mengimpikan puja sanjung
dan nama menggunung
di dada mereka ada Khalid
di tangan mereka pedang keberanian
di hati mereka berkubu keyakinan
seorang mati seribu lagi bingkas
mengipas bara perjuangan

Perjuangan suci tak pernah tunduk
Pada igau kematian
Mati hanya mampu menumpaskan  pengecut
Hidup hanya bererti buat yang berani
Biar seribu tahun
Perjuangan luhur jalannya berlumpur

Di dada mereka ada Khalid
Singa garang di padang juang
Setiap hari akan mereka nantikan
Musuh pulang mengusung walang
Musuh walang mengusung keranda teman.
               
                                                                Shahrunizam Abdul Talib

A)Analisis  bentuk  sajak                              (10m)

CONTOH JAWAPAN

Sajak di atas berbentuk rangkap.  Contohnya tiga rangkap.  Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama.Contohnya antara 5 hingga 7 baris serangkap. Bilangan kata dalam setiap baris  tidak sama iaitu antara 3-6 patah perkataan sebaris.  Contohnya ;
 3 patah- dan nama menggunung
6 patah-mereka tak pernah menimpikan puja sanjung
Bilangan sukukata dalam setiap baris  tidak sama iaitu antara  6-14 patah sebaris.  Contohnya;
6 sukukata-dan nama menggunung
14 sukukata-mereka tak pernah mengimpikan puja sanjung
Rima akhir setiap rangkap tidak sama.  Contohnya;
R1-aabccdc
R2-abcdbe
R3-abcbc
Kesimpulannya sajak ini berbentuk  terikat




2. GAYA BAHASA PUISI

S -          SINGKOF, SIMILE
I -           INVERSI
P -          PERSONAFIKASI
E -          EPIFORA
R -         RESPONSIF
M -        METAFORA
U -         ULANG/PENGULANGAN-              ULANG KATA, BARIS,ANAFORA, RESPONSIF,EPIFORA
D -         DIKSI /KATA GANDA,  DIKSI ARAB, DIKSI/ B.INGGERIS,DIKSI/BAHASA  ISTANA, DIKSI/BAHASA KLASIK                     
A -         ASONANSI, ALITERSI,ANAFORA
H -         HIPERBOLA

CARA MUDAH MENJAWAB  GAYA BAHASA

LANGKAH PERTAMA ,JAWAB TERLEBIH DAHULU TIGA GAYA BAHASA YANG WAJID  ADA DALAM PUISI.
ANAK-                 Asonansi
AYAM -                 Aliterasi
DAGING-              Diksi yang sesuai/indah/berkesan

LANGKAH KEDUA IALAH  CARI GAYA BAHASA YANG MUDAH DALAM PUISI SEPERTI;
SINGKOF-Singkatan kata
 SIMILE  - Membanding sesuatu dengan sesuatu yang lain  menggunakan kata banding
 KATA GANDA, 
 ULANG/PENGULANGAN  KATA,
 ULANG/PENGULANGAN  BARIS,
ANAFORA- Pengulangan kata pada awal ayat yang berderet
 RESPONSIF – Pengulangan kata pada tengah ayat yang berderet
 EPIFORA- Pengulangan kata pada akhir ayat yang berderet

LANGKAH  KETIGA  CARI GAYA BAHASA YANG AGAK SUSAH SEPERTI;
PERSONAFIKASI- memberi sifat manusia kepada benda
METAFORA-perbandingan yang terdiri daripada dua patah perkataan iaitu abstrak dan konkrit
INVERSI- keterbalikan bahasa
HIPERBOLA – perbandingan melampau   

CONTOH SOALAN
Berdasarkan sajak ‘Di dada Mereka Ada Khalid’;
a)      Analisis gaya bahasa      (10 m)


CONTOH JAWAPAN
Gaya bahasa dalam sajak ini ialah  Asonansi. Contohnya  ,  di dada mereka  ada Khalid.
Alitersi. Contohnya ,perjuangan suci  tak pernah tunduk
Diksi yang sesuai/berkesan.  Contohnya Khalid/perjuangan/pengecut/berlumpur/garang/juang/musuh/keranda
Singkof. Contohnya tak
Pengulangan baris. Contohnya
Di dada mereka ada Khalid  - R1 B3,     R3 B1
Pengulangan kata. Contohnya, walang,tak
Anafora.Contohnya,
Musuh pulang mengusung walang
Musuh walang mengusung keranda teman
Responsi. Contohnya,
Musuh pulang mengusung walang
Musuh walang mengusung keranda teman
Metafora. Contohnya pedang keberanian, bara perjuangan
Hiperbola.Contohnya biar seribu tahun

Monday, 27 August 2012

SALAM

Selamat datang ke blog Guru Satera Anda. Blog ini memuatkan bahan-bahan berkenaan dengan subjek sastera, khususnya sastera tingkatan 5. Diharapkan  blog ini dapat membantu pelajar-pelajar untuk lebih memahami subjek sastera.